KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini menzahirkan ucapan tahniah kepada Raja Frederik X yang dimasyhurkan sebagai Raja Denmark yang baharu.
Dalam satu hantaran di halaman Instagram Istana Negara, Seri Paduka Baginda berdua berharap agar Malaysia dan Denmark terus menikmati hubungan yang mesra dan erat, diperkukuhkan dengan semangat saling hormat-menghormati serta keinginan bersama untuk meningkatkan hubungan ekonomi selain merapatkan hubungan antara rakyat.
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah menzahirkan harapan agar hubungan persahabatan sedia ada antara kedua-dua negara akan berkembang dan semakin kukuh di bawah pemerintahan dan kebijaksanaan Raja Frederik X.
Seri Paduka Baginda berdua juga berharap Raja Frederik X dan Permaisuri Mary serta rakyat Denmark semoga berada dalam keadaan sihat dan beroleh kejayaan pada tahun-tahun mendatang.
Putera Mahkota Frederik dimasyhurkan sebagai Raja Denmark yang baharu oleh Perdana Menteri Mette Frederiksen pada Ahad.
Raja Frederik X menggantikan bondanya Ratu Margrethe II yang melepaskan takhta mengakhiri pemerintahan selama 52 tahun baginda, satu tempoh yang paling lama dalam sejarah Denmark.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 15 2024
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah menzahirkan harapan agar hubungan persahabatan sedia ada antara kedua-dua negara akan berkembang dan semakin kukuh di bawah pemerintahan dan kebijaksanaan Raja Frederik X. - Gambar IG Istana Negara
LPB: KKR mohon peruntukan tambahan RM1 bilion bagi selenggara 'redline'
Kementerian Kerja Raya akan memohon peruntukan RM1 bilion bagi menyelenggara laluan redline melibatkan projek Lebuhraya Pan Borneo.
Menu chef Sarawak dan nasi lemak dapat sambutan hangat di acara gastronomi Rusia
Pertandingan masakan itu adalah sebahagian daripada KazanForum 2024 yang diadakan dari 14 Mei hingga 19 Mei.
Intip ICC: Ahli Parlimen Belanda gesa siasatan dijalankan ke atas Israel
Usaha-usaha berkenaan dilaporkan bertujuan untuk mengganggu siasatan mengenai jenayah perang yang dilakukan di Wilayah Palestin.
Bersatu padu, bekerjasama jaga keamanan dan kestabilan negara - Sultan Pahang
Al-Sultan Abdullah menyeru semua pihak untuk terus bersatu padu dan bekerjasama dalam menjaga keamanan dan kestabilan negara.
AWANI Ringkas: Pembunuhan Zayn Rayyan terlalu awal untuk spekulasi - Peguam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kerajaan Thailand lulus langkah baharu untuk tingkat sektor pelancongan
Thailand mengumumkan langkah baharu untuk memudahkan sektor pelancongan, membolehkan pelancong Malaysia masuk tanpa visa dengan tempoh penginapan sehingga 60 hari.
Gunung Ibu terus aktif, meletus sekali lagi
Gunung Ibu di pulau terpencil Halmahera terletak di Maluku Utara, Indonesia sekali lagi dilaporkan meletus pada jam 11.03 pagi waktu tempatan.
China kuatkuasa undang-undang kurangkan kebergantungan import
Undang-undang keselamatan makanan pertama diperkenalkan China bertujuan mencapai 'sara diri mutlak' bagi bijirin makanan ruji, berkuat kuasa hari ini.
PM Kanada nyatakan sokongan ke arah gencatan senjata
Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau menyokong cadangan gencatan senjata di Gaza seperti dikemukakan Presiden Amerika Syarikat Joe Biden.
Pulau Pinang sambut penerbangan terus pertama Juneyao Airlines dari Shanghai ke Malaysia
Pulau Pinang meraikan ketibaan penerbangan terus pertama dari Lapangan Terbang Antarabangsa Shanghai Pudong yang dikendalikan Juneyao Airlines.
Agong, Raja Permaisuri zahirkan ucapan tahniah kepada Raja Frederik X
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah hari ini menzahirkan ucapan tahniah kepada Raja Frederik X yang dimasyhurkan sebagai Raja Denmark yang baharu.